AWS, Maxis – Beri Tumpuan Kepada Pengalaman Pengguna Dalam Industri Peruncitan

AWS, Maxis – Beri Tumpuan Kepada Pengalaman Pengguna Dalam Industri Peruncitan

Diterbitkan pada Sep 12, 2019 oleh .

Pada acara AWS Transformation Day 2019 yang berlangsung pada minggu lalu, pihak AWS dan Maxis telah berkongsikan kerjasama mereka dengan menggunakan perkhidmatan AWS dalam meningkatkan pengalaman pengguna dalam pasaran industri peruncitan.

Untuk makluman anda, menerusi perbincangan meja bulat bersama Dean Samuels ā€“ Pengurus Arkitek Perkhidmatan AWS dan Ng May Ching ā€“ Ketua Penyampaiaian IT Perniagaan Maxis ini, mereka berkongsi sedikit sebanyak gambaran berkenaan penggunaan peralatan perisian oleh mereka.

Dean berpendapat bahawa industri runcit, seperti industri lain, sedang menghadapi perkembangan dan persaingan yang tersendiri. Industri runcit kini perlu lebih memahami tingkah laku pelanggan secara holistik. Sekaligus, ini memerlukan industri runcit menyusun semula strategi mereka untuk menjadi lebih daripada sekadar jualan untuk sesebuah jenama.

Ini adalah peluang untuk jenama berinteraksi dengan pelanggan mereka dan memberikan pengalaman yang padu sebagai sebahagian daripada perjalanan pelanggan. AWS membolehkan transformasi ini berlaku apabila peruncit dapat mencipta semula aplikasi mereka dan pada masa yang sama memanfaatkan data mengenai pelanggan untuk memahami keperluan dan membaik-pulih perkhidmatan mereka dengan menyelesaikan cabaran, sama ada melalui cadangan peribadi atau peningkatan pembelian produk.

Antara ciri yang digunakan padai konsep Kedai Runcit Maxis adalah aplikasi Discovery bagi semua peranti demo – di mana aplikasi ini membolehkan pengguna untuk membandingkan peranti, harga, pelan dan aksesori. Lebih menarik Maxis turut tampil dengan ciri seperti Pembantu Runcit Interaktif Maxis (MIRA), selain mana pelanggan boleh mengimbas kod QR pada skrin digital untuk memulakan langkah pengalaman pembelian mereka.

Ng May Ching mengatakan tumpuan kedai runcit ini adalah memfokuskan kepada arena gaya hidup digital yang sedang berkembang pesat akhir-akhir ini. Perihal ini secara terus memberikan pengalaman peribadi yang berbeza dan tidak dapat ditandingi. Pihak Maxis juga ingin memastikan penyelesaian ini dapat memberi penyelesaian yang baik pada analisis sentimen, maklum balas daripada pelanggan, jenis urus niaga, analisis beratur dan beberapa yang lain.

Ciri tersebut sememangnya bernilai untuk meningkatkan pengalaman digital pelanggan Maxis untuk ke peringkat baharu. Pada masa yang sama, penggunaan teknologi dalam arena peruncitan ini juga membolehkan sesebuah syarikat lebih memahami kehendak pelanggan, dan membolehkan syarikat untuk terus memfokuskan kepada arena yang bersesuaian dalam meningkatkan jualan mereka.


TIPS & ULASAN