Axiata Dan Telenor Menghentikan Perbincangan Lanjut Berkaitan Pergabungan Syarikat

Axiata Dan Telenor Menghentikan Perbincangan Lanjut Berkaitan Pergabungan Syarikat

Diterbitkan pada Sep 6, 2019 oleh .

Axiata dan Telenor, masing-masing syarikat disebalik Celcom dan juga Digi telah mengumumkan hasrat untuk mengabungkan operasi di Asia pada bulan Mei 2019 lepas. Kini, selepas beberapa bulan melalui proses perbincangan, kedua-dua syarikat kini mengumumkan yang mana mereka membatalkan hasrat berkenaan buat masa ini.

Melalui apa yang dikongsikan Axiata, mereka mengatakan disebabkan oleh beberapa kerumitan selepas perbincangan berkaitan pergabungan, kedua-dua syarikat memilih untuk berhenti perbincangan lanjut berkaitan perkara berkenaan.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, Axiata dan Telenor mengatakan terdapat kemungkinan mereka mungkin meneruskan hasrat yang lebih kurang sama pada masa akan datang.



TIPS & ULASAN