Seperti yang rekah diperacahkan oleh mereka beberapa hari yang lalu. fon telinga nirwayar Huawei FreeBuds 3 telah diumumkan hari ini. Ia adalah aksesori audio pertama Huawei yang dilengkapi cip bahari Kirin A1 yang ditugaskan untuk mengawal kualiti audio serta memudahkan proses tambatan kepada peranti.
Ia juga adalah fon telinga jenis terbuka yang pertama mempunyai sokongan pembatalan hingar secara aktif di samping mampu mengurangkan masa pendam audio apabila menggunakan permua. Selain itu FreeBuds 3 menggunakan kuasa yang rendah dengan audio dipancarkan ke kedua-dua fon telinga secara serentak.
Kebanyakan fon telinga nirwayar di pasaran menghantar isyarat ke fon telinga kanan sahaja yang kemudian dipancarkan pula ke fon telinga kiri. Ini adalah penyebab mengapa aksesori audio seperti ini mempunyai masalah pendam masa audio yang ketara. Huawei FreeBuds 3 juga menyokong sistem pengecasan berwayar dan nirwayar yang pantas. Dua warna ditawarkan iaitu hitam dan putih.
Artikel sedang dikemaskini.