Cari @ Amanz

Dikalangan pengeluar peranti, salah satu perkara yang turut menjadi persaingan akhir-akhir ini adalah penawaran teknologi pengecasan pantas pada telefon pintar. Beberapa pengeluar seperti Huawei, Oppo, Samsung dan sebagainya mempunyai penawaran berbeza mereka tersendiri, dan kini Xiaomi turut tidak ingin ketinggalan dan bakal memperkenalkan Mi Charge Turbo.

Mi Charge Turbo

Xiaomi kini menjadualkan acara khas pada 9 September kelak untuk memperlihatkan penyelesaian pengecasan pantas mereka tersendiri, dinamakan Mi Charge Turbo.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah kuasa pengecasan yang akan ditawarkan. Xiaomi pada hari ini sedia menawarkan pengecasan sepantas 20W. Sebelum ini juga, pada bulan Mac lepas, pihak Xiaomi memperlihatkan teknologi pengecasan sepantas 100W.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu depan untuk melihat kejutan daripada pihak Xiaomi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd