Realme Turut Bakal Hadir Dengan Telefon Menggunakan Skrin 90Hz

Realme Turut Bakal Hadir Dengan Telefon Menggunakan Skrin 90Hz

Diterbitkan pada Sep 7, 2019 oleh .

Selain penawaran kamera pada kadar megapixel yang sangat tinggi, kini para pengeluar peranti mudah-alih juga turut bersaing dalam penawaran skrin pada kadar segar semula yang tinggi.

Penawaran ini sekaligus menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih lancar – terutamanya ketika memainkan permua.

Terbaru, pihak Realme turut mengesahkan yang mana mereka sedang membangunkan peranti baru yang bakal menawarkan skrin dengan kadar segar semula 90Hz.

Menariknya, ia juga dikatakan akan menawarkan harga yang lebih rendah berbanding OnePlus 7.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi model apakah yang bakal menawarkan skrin 90Hz, dan beberapa spekulasi mengatakan ia mungkin adalah Realme XT Pro.


TIPS & ULASAN