Huawei Watch GT 2 Bakal Turut Dilancarkan Bersama-Sama Mate 30 Pro

Huawei Watch GT 2 Bakal Turut Dilancarkan Bersama-Sama Mate 30 Pro

Diterbitkan pada Sep 8, 2019 oleh .

Huawei telah sedia menjadualkan acara pengenalan Huawei Mate 30 pada 19 September ini. Bersama-sama dengan telefon pintar mercu berkenaan, pengeluar dari China ini juga turut akan memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka, iaitu Huawei Watch GT2.

Jam tangan pintar ini bakal membawakan rekaan muka jam bulat, selain dijana menggunakan cip terbaru mereka, Kirin A1.

Buat masa ini, info penuh mengenai jam tangan pintar ini masih tidak diketahui lagi. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh pihak Huawei dalam masa dua minggu lagi.



TIPS & ULASAN