Cari @ Amanz

Realme telah pun sedia menawarkan beberapa aksesori dibawah jenama telefon pintar mereka. Terbaru, mereka turut melancarkan sebuah powerbank di China, dinamakan sebagai Realme Fast Charge Power Bank.

Realme Powerbank

Ia hadir dengan sokongan pengecasan pantas, membolehkan anda mengecas peranti dan telefon pintar anda dengan pantas. Melalui perkongsian pihak Realme, mereka mengatakan ia mampu mengecas iPhone XS Max dalam masa hanya 56 minit sahaja.

Powerbank ini hadir dengan kapasiti 10000mAh, dan dilengkapi sokongan pengecasan 18W. Ia hadir dengan dua port sambungan, iaitu berasaskan USB-A dan juga USB-C.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan di China sahaja, dimana Realme menawarkannya pada harga ¥99, iaitu sekitar RM58.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd