TM Kini Menawarkan Pelan Unifi 30Mbps Tanpa Had Kuota Pada Harga RM89 Sebulan

TM Kini Menawarkan Pelan Unifi 30Mbps Tanpa Had Kuota Pada Harga RM89 Sebulan

Diterbitkan pada Sep 8, 2019 oleh .

Telekom Malaysia sebelum ini telah menawarkan pelan Unifi 30Mbps yang hadir dengan kuota 60GB sebulan pada harga RM79 sebulan. Kini, selain daripada penawaran berkenaan, TM turut telah menambah satu lagi pelan baru yang menawarkan kelajuan internet sama, tetapi dengan tanpa kuota data pada harga RM89 sebulan.

TM Unifi 30Mbps

Pelan ini sebelum ini telah ditawarkan kepada beberapa pelanggan terpilih, tetapi kini ia dilihat telah mula disenaraikan secara rasmi pada laman rasmi Unifi, dan membolehkan pengguna melanggannya secara atas-talian.

Melalui pelan baru ini, pengguna boleh menikmati kelajuan muat-turun sehingga 30Mbps, dan muat-naik sehingga 10Mbps. Caj 20 sen seminit akan dikenakan untuk panggilan suara.

Bersempena dengan promosi pengenalan juga, bagi anda yang melanggan pakej ini pada bulan ini, anda akan diberikan langganan sebulan secara percuma – yang mana promosi ini akan berakhir pada 30 September 2019 kelak.


TIPS & ULASAN