Huawei Mate X Dijangka Akan Mula Dijual Seawal Bulan Hadapan

Huawei Mate X Dijangka Akan Mula Dijual Seawal Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Sep 9, 2019 oleh .

Samsung telah pun mula menawarkan Galaxy Fold mereka kepada umum bermula minggu lepas, dan kini pihak Huawei turut dilihat dalam perancangan memasarkan telefon pintar dengan skrin boleh-lipat mereka.

Huawei Mate X

Bercakap selepas acara IFA 2019, pihak Huawei dilihat mengatakan Huawei Mate X akan dijual seawal bulan hadapan.

Versi akhir kelak mungkin membawakan sedikit perubahan pada spesifikasi – malah Richard Yu turut mengatakan terdapat kemungkinan ia menyertakan cip Kirin 990 bersama-sama dengannya kelak.

Telefon dengan skrin boleh-lipat dijangka membawakan perubahan kepada arena peranti mudah-alih, selain menawarkan beberapa kaedah interaksi dan penggunaan peranti mudah-alih yang baru.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah harga jualannya kelak. Tetapi, memandangkan ia menawarkan teknologi serba baru, tidak mustahil untuk kita melihat harganya agak tinggi berbanding peranti lain di pasaran.


TIPS & ULASAN