Nokia 9 PureView Menerima Skor Yang Rendah Pada DxOMark

Nokia 9 PureView Menerima Skor Yang Rendah Pada DxOMark

Diterbitkan pada Sep 9, 2019 oleh .

DxOMark sering hadir dengan skor untuk kualiti rakaman video dan gambar pada peranti mudah-alih. Terbaru, mereka telah pun mengeluarkan skor untuk Nokia 9 PureView, iaitu hanya 85 – meletakkannya jauh dibelakang pelbagai peranti, termasuk dibelakang Galaxy A9, Galaxy S7 Edge, Pocophone F1, dan sebagainya.

Sebelum ini, ketika diperkenalkan, Nokia 9 PureView mencuri perhatian kerana ia hadir dengan sokongan multi-kamera, selain turut menggunakan teknologi PureView.

Daripada ujian DxO, ia dilihat kamera Nokia 9 PureView sekadar menawarkan sokongan autofokus yang pantas dan jitu, tetapi hasil rakaman yang dihasilkan tidak begitu baik. Perkara sama juga untuk rakaman video menggunakannya.

Seperti biasa, ujian yang dilakukan oleh DXO adalah berasaskan kepada mod automatik dan tetapan sedia ada. Mungkin hasil rakaman adalah lebih baik pada mod manual yang mungkin diminati ramai jurugambar di luar sana.


TIPS & ULASAN