Carian
Xiaomi Memperlihatkan “Mi Charge Turbo” – Pengecasan Nirwayar 30W
September 9, 2019 Aman

Xiaomi sebelum ini telah pun sedia mempertontonkan teknologi pengecasan pantas mencapai 100W secara berwayar. Hari ini, pada sebuah acara khas di China, pengeluar peranti berkenaan turut memperlihatkan teknologi pengecasan nirwayar terbaru mereka, dinamakan Mi Charge Turbo.

Mi Charge Turbo

Mi Charge Turbo hadir dengan sokongan pengecasan nirwayar sehingga kelajuan 30W. Dengannya, ia membolehkan pengecasan penuh bateri berkapasiti 4000mAh dalam masa sekitar 69 minit.

Bersama-sama dengannya juga, Xiaomi mengumumkan sokongan pengecasan berbalik – membolehkan pengguna turut mengecas aksesori menggunakan telefon pintar mereka secara nirwayar. Seperti ramai sedia maklum, sejumlah peranti dipasaran kini telah hadir dengan sokongan seumpamanya.

Mi Charge Turbo

Buat masa ini, ia masih memerlukan terminal khusus untuk tujuan pengecasan nirwayar pantas ini. Xiaomi dijangka menyertakan sokongan pengecasan Mi Charge Turbo ini pada telefon pintar Mi 9 Pro 5G yang bakal diperkenalkan pada bulan ini.

Komen