Vivaldi Kini Menawarkan Pelayar Web Untuk Android

Vivaldi Kini Menawarkan Pelayar Web Untuk Android

Diterbitkan pada Sep 9, 2019 oleh .

Vivaldi merupakan salah satu pelayar web yang dibangunkan oleh bekas pembangun Opera. ia menyertakan sejumlah ciri-ciri seumpama pelayar web Opera, dan telah ditawarkan untuk desktop sebelum ini.

Terbaru, selain hanya untuk desktop, pihak pembangun Vivaldi turut telah melancarkan pelayar web mereka untuk pengguna peranti Android dalam bentuk beta.

Vivaldi Android

Vivaldi untuk Android turut menyertakan sejumlah ciri seperti pada desktop, termasuk sokongan Speed Dial, susunan folder pada halaman tab baru, kebolehan untuk sync tab, dan sejumlah ciri lain.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh memuat-turun ia di Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Vivaldi untuk Android


TIPS & ULASAN