Spotify Kini Menyokong Perkongsian Muzik Ke Snapchat

Spotify Kini Menyokong Perkongsian Muzik Ke Snapchat

Diterbitkan pada Sep 10, 2019 oleh .

Mendengar muzik kini adalah aktiviti yang dikongsi ke laman media sosial. Muzik yang terkini dikongsi dengan rakan bagi menunjukkan anda mempunyai seleksi muzik yang selari dengan trend semasa. Spotify hari ini mengumumkan sokongan perkongsian lagu yang didengari terus ke Snapchat.

Pengguna hanya perlu menekan menu tiga butang pada bahagian atas kanan aplikasi dan memilih Share. Ikon untuk Snapchat kini boleh dipilih. Gambar hiasan album dan tajuk lagu yang dimainkan akan dipaparkan di dalam Stories pengguna menerusi fungsi ini. Rakan yang melihat Stories yang dimuat naik kemudian hanya perlu menekan pautan untuk mendengar lagu atau podcast yang dikongsi terus di dalam aplikasi Spotify. Menurut Spotify fungsi ini akan diberikan secara berperingkat kepada pengguna aplikasi Android dan iOS .


TIPS & ULASAN