Video Iklan Pixel 4 Tertiris – Memperlihatkan Sokongan Astrofotografi

Video Iklan Pixel 4 Tertiris – Memperlihatkan Sokongan Astrofotografi

Diterbitkan pada Sep 10, 2019 oleh .

Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL adalah peranti baharu Google yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Perkara menarik pada peranti ini adalah, Google menyertakan sokongan Face ID tersendiri dan juga sokongan kawalan gestur atas udara (Motion Sense). Terdapat juga ura-ura memberitahu yang Pixel 4 akan menggunakan skrin dengan kadar segar semula 90Hz.

Baru-baru ini video yang dikatakan iklan Pixel 4 telah tertiris. Dalam video ini, ia bukan sahaja memperlihatkan Motion Sense, tetapi turut mempunyai sokongan kawalan suara Google Photos baharu – yang mana kawalan suara ini adalah secara berterusan. Paling mengejutkan adalah, video ini turut memperlihatkan mod baharu pada kamera – iaitu mod astrofotografi. Dengan mod ini, pengguna boleh mengambil gambar bintang pada waktu malam dengan mudah.

Seperti biasa, peranti Pixel bukan sahaja memfokuskan kepada perkakasan tetapi lebih kepada perisian. Video ini turut memberitahu yang mereka yang menghasilkan Google Maps dan YouTube hadir dengan perkara baharu – Google Way. Ia mungkin bermaksud ‘Cara Google’, yang menjelaskan cara kawalan baharu. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN