Pembesar Suara Premium Sony SA-Z1 Ditawarkan Pada Harga RM36,0000

Pembesar Suara Premium Sony SA-Z1 Ditawarkan Pada Harga RM36,0000

Diterbitkan pada Sep 10, 2019 oleh .

Kelengkapan audio dari Sony cukup terkenal dengan kemampuan menghasilkan audio yang terbaik di dalam kelasnya. Sony WH-1000XM3 misalnya adalah pilihan bagi mereka yang tidak mahu berbelanja terlalu melampau untuk fon kepala dengan sistem pembatalan hingar aktif. Di IFA minggu lalu mereka melancarkan pembesar suara Sony SA-Z1 di bawah keluarga Signature Series.

Siri ini adalah dihasilkan khusus untuk peminat audio elit yang mahukan inzal telinga setiap kalu muzik dimainkan. Menurut Sony pembesar suara ini mampu menghasilkan audio spatial dengan cip pemproses FGPA yang memastikan kesemua audio yang dipancarkan bergerak selari. Hasilnya ialah kualiti audio yang terbaik tanpa distorsi. Getaran dari dua subwoofer juga diselarikan bagi membatalkan getaran yang boleh menghasilkan gangguan kepada audio.

Akhir sekali kebuk subwoofer direka supaya tidak mempunyai frekuensi resonan. Memandangkan ini ialah pembesar suara untuk peminat audio sebenar di bawah Signature Series, ia akan dijual pada harga GBP 7000 (~RM36,000) bermula tahun hadapan.


TIPS & ULASAN