Cari @ Amanz

Skrin 90Hz ialah trend yang akan meletup tahun ini selepas dipelopori oleh OnePlus. Semakin banyak pengeluar telah mengesahkan mereka akan melancarkan peranti dengan skrin 90Hz. Oppo hari ini mengesahkan peranti peranti mereka dengan skrin dengan kadar segar semula yang tinggi ini ialah Reno Ace.

Reno Ace akan dilancarkan pada bulan Oktober hadapan. Tiada maklumat lengkap dikongsi oleh Oppo mengenai peranti ini. Imej acah yang diperlihatkan memberikan petanda ia tidak akan bertakuk atau mempunyai lubang kamera. Tidak mengejutkan jika Reno Ace akan menjadi model kemas kini kepada Reno 5G yang dilancarkan hanya beberapa bulan yang lalu lengkap dengan sokongan 5G.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd