ZMI adalah antara pembekal buat aksesori kuasa Xiaomi. Kebiasaannya jika anda mengikuti perkembangan produk-produk ini, kedua-duanya adalah lebih kurang sama. Harga juga tidak lari jauh. Terkini, ZMI telah melancarkan pengecas USB Power Delivery 65W yang bersaiz amat kecil.
Saiznya jika dibandingkan dengan pengecas 61W Apple, ZMI adalah 50% lebih kecil. Rekaan pengecas ini adalah ringkas, pin boleh lipat (Amerika Syarikat dan China), satu port USB-C, berukuran 50mm x 50mm dan menggunakan warna hitam dwi-tona untuk kemasan. Setiap pembelian, ZMI turut sertakan dengan kabel USB-C ke USB-C sepanjang 1.5m dengan integrasi cip e-mark – yang mana sepatutnya turut menyokong pengecasan pantas Galaxy Note 10+.
Pengecas ini memfokuskan kepada komputer riba sahaja sebenarnya. Tetapi mana-mana telefon pintar dengan sokongan USB-PD sepatutnya tiada masalah dengan pengecas ini. Berikut adalah senarai komputer riba yang disokong secara rasmi; (telah diuji Xiaomi)
Akhir sekali, yang paling menarik adalah harganya. Harga jualan ZMI USB-C 65W adalah RMB149 sahaja, iaitu sekitar RM88 sahaja. Harga yang amat murah, mempunyai pengiktirafan, dan diyakini selamat.