Cari @ Amanz

Para pemain permainan video atau gamer, biasanya menggunakan paparan yang dikhaskan untuk bermain video sahaja. Televisyen amat jarang digunakan. Tetapi itu tidak bermakna, pengeluar tidak boleh menghasilkan televisyen untuk mereka.

Kini, LG telah hadir dengan televisyen khusus untuk para pemain permainan video. Televisyen ini adalah daripada model 65/55E9 dan 77/65/55C9. Ia adalah televisyen dengan skrin OLED dan sokongan NVIDIA G-Sync. Televisyen ini mempunyai skrin dengan input lengah masa yang rendah dan masa maklum balas yang ultra-pantas, menjanjikan pengalaman bermain permainan video yang lebih imersif dari pilihan saiz skrin 55-inci hingga 77-inci.

Warna skrin ini adalah lebih cantik, kontras warna yang lebih tajam, kemampuan kawalan pixel imej yang menjadikannya kelihatan lebih realistik dan juga dengan kadar segar semula 120Hz. Resolusi adalah sehingga 1440p 120Hz 6 milisaat atau 4K 60Hz 13 milisaat. Kualiti imej tidak akan pecah atau menjadi resolusi yang buruk. Menjadikannya lebih hebat, ia menyokong pelbagai format HDR termasuk HDR10 atau Dolby Vision melalui port HDMI 2.1.

Untuk audio pula, ia menggunakan teknologi Dolby Atmos dengan bunyi nirhilang Dolby TrueHD. Ia juga hadir dengan sistem kecerdasan buatan AI ThinQ, yang mana menjadikan bunyi lebih dalam dan menghasilkan bunyi virtual 5.1 surround.

Dengan NVIDIA G-Sync, ia menyokong kadar segar semula boleh ubah melalui kad grafik siri GeForce RTX 20xx. Bagi mereka yang sudah memiliki televisyen OLED LG model tahun 2019, anda boleh nantikan sahaja kemaskini firmware dan tidak perlu membeli model lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd