Rekaan Belakang OnePlus TV Diperlihatkan – Rekaan Gentian Karbon Dan Kaki Yang Unik
Artikel Berkaitan

Rekaan Belakang OnePlus TV Diperlihatkan – Rekaan Gentian Karbon Dan Kaki Yang Unik

Diterbitkan pada Sep 10, 2019 oleh .

OnePlus TV adalah televisyen pintar daripada OnePlus. Ia akan menjalankan Android TV, tetapi diubahsuai menjadi lebih pantas dan lancar. OnePlus turut berhasrat untuk menjadikan OnePlus TV sebagai tanda aras untuk televisyen pintar lain. Ia juga bukan sahaja sebuah televisyen pintar, tetapi turut berfungsi sebagai hab pintar media sosial.

Televisyen mereka ini akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi dan sudah banyak informasi rasmi dan yang tertiris sudah kita ketahui. Salah satunya adalah ia mempunyai bezel yang sedikit tebal, tetapi mungkin sekata, panel QLED, resolusi sehingga 4K, mempunyai cip pemprosesan imej tersendiri, pembesar suara Dolby Atmos dan banyak lagi. Kini, Pete Lau telah mengicau imej baharu berkaitan OnePlus TV. Imej ini memperlihatkan rekaan belakang OnePlus TV yang menggunakan rekaan gentian karbon yang sedia terkenal pada kerangka pelindung OnePlus dan juga OnePlus 6T edisi McLaren.

Selain itu, kaki OnePlus TV ini turut kelihatan. Ia menggunakan rekaan yang unik dan cantik lagi kemas. Minggu lepas, Pete Lau turut berkongsi imej alat kawalan jauh OnePlus TV. Ia mempunyai rekaan seakan sebuah produk Apple. Berwarna perak, terdapat butang menu, butang Google Assistant, butang OnePlus, butang kosong, butang home dan butang kembali yang digabungkan. Turut kelihatan adalah butang arah (kiri, kanan, atas dan bawah) yang mungkin juga berfungsi sebagai pad sesentuh. Alat kawalan jauh ini dikatakan menggunakan Bluetooth.

Untuk maklumat lanjut, sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN