Apple Arcade Akan Dilancarkan Pada 19 September – Berharga RM19.90 Sebulan

Apple Arcade Akan Dilancarkan Pada 19 September – Berharga RM19.90 Sebulan

Diterbitkan pada Sep 11, 2019 oleh .

Apple hari ini telah pun mengambil pentas utama pada acara khas mereka, dan berkongsi berkenaan sejumlah penawaran mereka yang terbaru. Produk yang pertama dipertontonkan oleh Apple adalah Apple Arcade.

Apple Arcade adalah perkhidmatan langganan bulanan yang memberikan anda akses kepada permainan video untuk dimainkan pada pelbagai saiz peranti – daripada telefon pintar kepada komputer dan kaca televisyen.

Apple Arcade

Apple mengatakan Apple Arcade menawarkan sejumlah kandungan eksklusif dan permainan tanpa keperluan anda membuat sebarang pembelian dalam-aplikasi. Permainan berkenaan juga dijangka menawarkan kualiti grafik setaraf konsol.

Apple Arcade akan ditawarkan bermula 19 September 2019 ini di lebih 150 buah negara, dan ia akan menawarkan harga langgaan sebanyak RM19.90 sebulan.


TIPS & ULASAN