Apple hari ini telah pun mengumumkan langganan permainan video mereka, Apple Arcade. Bersama-sama dengannya, Tim Cook turut mengumumkan perkhidmatan langganan filem dan siri-TV mereka dinamakan Apple TV+.
Ia akan menawarkan sejumlah kandungan eksklusif yang ditawarkan untuk platform berkenaan, membolehkan pengguna menontonnya di kaca iPhone mahupun di komputer dan juga televisyen mereka.
Apple TV+ akan ditawarkan kepada pengguna di lebih 100 buah negara bermula 1 November ini. Menariknya, harga langganannya adalah sangat kompetitif berbanding yang lain, hanya $4.99 sebulan.
Apple turut mengatakan langganan percuma akan diberikan selama 1 tahun untuk pengguna yang mendapatkan peranti baru mereka.