Apple hari ini telah pun mengumumkan penawaran Apple TV+ pada peringkat global bermula 1 November kelak. Di Malaysia, pengguna turut boleh menikmatinya pada tarikh sama, dan ia akan ditawarkan pada harga langganan RM19.90 sebulan.
Apple TV+ akan menawarkan sejumlah video berbentuk filem, rancangan televisyen, dokumentari dan sebagainya. Pengguna boleh mengakses perkhidmatan berkenaan melalui aplikasi Apple TV di iPhone, iPad, Apple TV, iPod Touch, Mac dan beberapa platform lain – termasuk secara atas-talian di web khas.
Di Malaysia, Apple TV+ akan dirtawarkan pada harga langganan RM19.90 sebulan – dan membolehkan ia dikongsikan kepada sehingga 6 orang ahli keluarga.
Jadi pada harganya, apa kata anda berkenaan perkhidmatan langganan baru daripada Apple ini?