Dengan penawaran kemaskini pelbagai produk Apple, jam tangan keluaran mereka turut tidak ketinggalan. Hari ini, Apple telah pun memperkenalkan Apple Watch Series 5 yang turut hadir dengan beberapa kemaskini baru.
Seperti sebelum ini, Apple Watch Series 5 hadir dengan saiz 40mm dan juga 44mm, selain menariknya kini hadir dengan sokongan skrin sentiasa aktif – “Always On Display”. Awlaaupun ia sentiasa aktif, Apple mengatakan ia masih menjanjikan masa penggunaan selama 18 jam lamanya.
Disamping itu, Apple Watch Series 5 hadir dengan rekaan berasaskan binaan titanium dan juga seramik.
Apple Watch Series 5 turut hadir dengan beberapa ciri-ciri tambahan lain, termasuk sokongan panggilan kecemasan pada peringkat global – sekaligus memastikan pengguna kekal selamat ketika memakainya, tidak kira mereka berada dimana.
Di Malaysia, Apple Watch Series 5 akan ditawarkan pada harga bermula RM1749.