Apple hari ini telah pun mengumumkan jam tangan pintar terbaru mereka, iaitu Apple Watch Series 5. Walaupun versi baru telah diperkenalkan, Apple meneruskan sokongan untuk jam tangan pintar versi lama mereka, dan akan terus menjual Apple Watch Series 3.
Apple Watch Series 3 hadir dengan penawaran asas, termasuk sokongan GPS, kalis air untuk digunakan ketika berenang, dan sejumlah ciri-ciri lain untuk pemantauan dan untuk melihat notifikasi melaluinya.
Di Malaysia, harga jualan Apple Watch Series 3 ini dikemaskini, dan kini boleh didapati pada harga bermula RM849.