Apple iPhone 11 Pro Max, 11 Pro Dan 11 Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 27 September

Apple iPhone 11 Pro Max, 11 Pro Dan 11 Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 27 September

Diterbitkan pada Sep 11, 2019 oleh .

Selamat pagi dan sedikit mengejutkan ialah Apple telah mengesahkan ketiga-tiga model terkini iPhone 11 Pro Max, 11 Pro dan 11 akan muka dijual di Malaysia pada 27 September ini. Seminggu selepas tarikh pelancaran global di beberapa negara pasaran pertama. Ini adalah tarikh pelancaran peranti paling awal pernah mereka lakukan memandangkan tahun lalu misalnya model terkini hanya ditawarkan pada penghujung Oktober.

Selain tarikh pelancaran, harga jualan rasmi ketiga-tiga model diumumkan. Untuk iPhone 11 Pro Max, harga bermula dari RM5299 untuk storan 64GB. iPhone 11 Pro pula ditawarkan pada harga bermula RM4899 dan iPhone 11 pula pada harga RM3399 kedua-duanya juga dengan storan 64GB. Senarai lengkap harga jualan ketiga-tiga model iPhone 2019 serta pilihan storan adalah seperti di bawah. Apa pendapat anda mengenai harga yang ditawarkan tahun ini?

Apple iPhone 11 Pro Max 64GB  – RM5299
Apple iPhone 11 Pro Max 256GB  – RM5999
Apple iPhone 11 Pro Max 512GB  – RM6899

Apple iPhone 11 Pro 64GB  – RM4899
Apple iPhone 11 Pro 256GB  – RM5599
Apple iPhone 11 Pro 512GB  – RM6499

Apple iPhone 11 64GB  – RM3399
Apple iPhone 11 128GB  – RM3599
Apple iPhone 11 256GB  – RM4099


TIPS & ULASAN