Apple Akan Menawarkan macOS Catalina Pada Bulan Oktober Ini

Apple Akan Menawarkan macOS Catalina Pada Bulan Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 11, 2019 oleh .

Apple hari ini telah mengemaskini laman web mereka dengan menyertakan sejumlah produk-produk baru, dan pada masa yang sama turut mengemaskini laman macOS Catalina, mengatakan ia bakal ditawarkan pada bulan Oktober 2019 kelak.

macOS Podcast

Kemaskini sistem operasi Mac ini akan ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna Mac sedia ada melalui Mac App Store.

Kemaskini macOS Catalina ini menyertakan beberapa pembaharuan baru, termasuk sejumlah aplikasi baru seperti Music, Podcasts dan TV, kemaskini pada aplikasi Photos, ciri berkongsi paparan bersama iPad dinamakan Sidecar dan beberapa yang lain.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi macOS, boleh nantikan bulan Oktober ini untuk menikmati kemaskini terbaru sistem operasi ini.


TIPS & ULASAN