Apple iOS 13 Akan Ditawarkan Kepada Pengguna Bermula 20 September Ini

Apple iOS 13 Akan Ditawarkan Kepada Pengguna Bermula 20 September Ini

Diterbitkan pada Sep 11, 2019 oleh .

Bersama-sama pengenalan iPhone generasi baru, ia turut menyertakan sistem operasi yang diberikan nafas baru dengan pelbagai ciri-ciri terkini. Bercakap mengenainya, kini Apple mengatakan iOS 13 yang serba baru berkenaan bakal ditawarkan kepada pengguna bermula 20 September 2019 kelak.

iOS 13 menyertakan pembaharuan pada sejumlah aplikasi, termasuk menyertakan mod gelap yang baharu, kemaskini pada Apple Maps, ciri Find My yang diberikan nafas baru, kemaskini pada papan kekunci, sokongan Memoji sebagai sticker, dan beberapa yang lain.

iOS 13 akan boleh digunakan pada iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone XR, iPhone X, iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone SE dan juga iPod Touch (Gen-7). Bagi anda yang menggunakannya, boleh nantikan 20 September ini untuk menikmati kemaskini terbaru iOS ini.


TIPS & ULASAN