Cari @ Amanz

Harga Jualan iPhone XR Dikemaskini – Kini Bermula RM2899, iPhone 8 Bermula RM2199

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan pengenalan tiga iPhone generasi baru hari ini, pihak Apple turut memilih untuk mengekalkan dua lagi telefon pintar lama dipasaran secara rasminya – iaitu iPhone 8 dan juga iPhone XR.

iPhone 8 merupakan telefon pintar yang telah dilancarkan pada tahun 2017 yang lepas, sementara iPhone XR telah ditawarkan sejak 2018 yang lepas.

iPhone 8 hadir dalam dua variasi, iaitu iPhone 8 bersaiz 4.7-inci pada harga bermula RM2199, sementara iPhone 8 Plus dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada harga bermula RM2699.

Sementara iPhone XR pula kini ditawarkan pada harga bermula RM2899.

Bagi anda yang mencari model iPhone generasi lepas, mungkin boleh menyemak penawaran kedua-dua model ini. Tiga model iPhone baru bakal dipasarkan di Malaysia bermula penghujung bulan ini pada harga bermula RM3399.


Komen ()