Cari @ Amanz

Google pada minggu ini telah mula memperkenalkan kemaskini Chrome 77 kepada para pengguna, dimana melaluinya ia menyertakan salah satu ciri yang sangat menarik – kebolehan menghantar tab dari peranti mudah-alih ke desktop.

Untuk menggunakannya, anda boleh pilih sebarang tab pada peranti mudah-alih, dan memilih “Share”, dan tap pada “Send to Your Devices”. Anda kemudian akan diberikan pilihan untuk menghantar pautan berkenaan ke peranti yang mempunyai pautan akaun anda.

Google Chrome Share

Pada desktop pula, anda boleh melakukan perkara sama dengan klik-kanan ke atas pautan dan memilih untuk menghantar pautan ke peranti lain.

Kemaskini ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Chrome di seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd