Carian
Samsung PlayGalaxy Link Kini Boleh Dicuba – Strim Permainan PC Ke Galaxy Note 10
September 12, 2019 Aman

Ketika pelancaran Galaxy Note 10 tempoh hari, Samsung turut telah memperkenalkan PlayGalaxy Link yang membolehkan para pengguna memainkan permainan daripada PC mereka terus pada skrin telefon Galaxy Note 10. Ketika itu, Samsung telah diperkatakan akan menawarkan perkhidmatan berkenaan bermula September, dan seperti dijanjikan kini Play Galaxy telah pun mula ditawarkan.

Samsung PlayGalaxy Link

Pengguna yang mempunyai telefon pintar Galaxy Note 10 kini boleh memuat-turun Play Galaxy pada PC mereka, dan kemudiannya memainkan ia terus pada peranti Samsung.

Melalui Play Galaxy, ia menggunakan rangkaian WiFi atau selular untuk membolehkan PC berhubung ke peranti mudah-alih anda, dan seterusnya membolehkan anda strim permainan ke peranti mudah-alih. Ia ditawarkan secara percuma, dan anda perlu mempunyai permainan berkaitan pada PC anda untuk memainkannya.

https://www.youtube.com/watch?v=HKE25h9QK1Y

Samsung juga turut menyokong input berasaskan alat-kawalan Bluetooth, sekaligus memudahkan lagi anda memainkan permainan video pada skrin Galaxy Note 10.

Bagi anda yang menggunakan Galaxy Note 10, anda boleh memuat-turun PlayGalaxy hari ini pada PC, dan cuba memainkan permainan PC terus pada skrin mudah-alih anda.

Komen