Public Bank kini telah memperkenalkan aplikasi mudah-alih mereka yang terbaru untuk Android dan iPhone – dimana bersama-sama dengannya, ia turut menyertakan sejumlah ciri-ciri baru.
Aplikasi Public Bank baru yang dinamakan PB engage MY ini menyertakan antaramuka yang baru, memudahkan pengguna melihat baki dengan pantas melalui ciri Face ID untuk iPhone, kemudahan mengakses DuitNow QR untuk membuat pembayaran nirtunai, dan sejumlah ciri baru lain.
Bagi anda yang mempunyai akaun di Public Bank, anda boleh memuat-turun aplikasi PB engage MY ini hari ini, dan mencubanya sendiri.
- Muat-Turun PB Engage MY untuk Android
- Muat-Turun PB Engage MY untuk iPhone