Apple Mula Menawarkan AppleCare+ Untuk Fon Kepala Dan AirPods

Apple Mula Menawarkan AppleCare+ Untuk Fon Kepala Dan AirPods

Diterbitkan pada Sep 12, 2019 oleh .

Perkara pertama yang dilakukan sebilangan pengguna produk Apple ialah membeli pakej AppleCare yang memberikan pelindungan ke atas sebarang kerosakan yang berlaku sepanjang penggunaan. Selama ini ia hanya ditawarkan kepada iPhone, iPad, Mac dan juga iPod. Kini AppleCare+ untuk aksesori audio juga ditawarkan.

Dengan bayaran $29,(~RM120) pengguna fon aksesori audio keluaran Apple akan menerima pelindungan  tambahan selama setahun. Pelindungan ini mungkin mula ditawarkan sejak pemilik AirPoda merungut bateri fon telinga nirwayar mereka mula menjadi kurang memuaskan selepas setahun digunakan.

Model aksesori audio yang disokong AppleCare+ ialah AirPods, Beats EP, Beats pro, Beats Solo3 Wireless, Beats Studio3 Wireless, the BeatsX, Powerbeats Pro, dan Powerbeats3 Wireless. Buat masa ini ia ditawarkan di beberapa pasaran tertentu sahaja. Laman Apple Malaysia masih belu menyenaraikannya untuk pengguna tempatan,


TIPS & ULASAN