Carian
Google Docs Kini Boleh Memaparkan Jumlah Perkataan Secara Masa Nyata
September 12, 2019 Effi Saharudin

Semasa di kolej adalah kebiasaan setiap tugasan diberikan dengan jumlah perkataan minimum. Semasa menaip kami akan kerap menggunakan fungsi mengira jumlah perkataan setiap beberapa minit bagi membolehkan kuota perkataan dipenuhi. Ini memakan masa kerana memerlukan beberapa menu ditekan terlebih dahulu. Bagi pengguna Google Docs, fungsi memaparkan jumlah perkataan di dalam dokumen secara masa nyata kini diperkenalkan.

Pengguna hanya perlu mengaktifkannya menerusi menu Tools > Word count > Display word count while typing. Jumlah perkataan akan dipaparkan bada bucu bawah sebelah kiri skrin sepanjang masa. Dengan pengenalan fungsi ini adalah lebih mudah mengetahui sama ada karangan kami terlalu panjang atau terlalu pendek. Google mengatakan fungsi ini akan diterima oleh kesemua pengguna bermula 23 September hadapan.

Komen