Tenaga Nasional kini telah mula mengacah pengenalan perkhidmatan myTNB yang baru, dimana ia dijangka diperkenalkan dalam masa terdekat ini.
Bagi yang tidak mengenali akan myTNB, ia menawarkan kemudahan untuk pengguna melihat dan membayar bil mereka, melihat penggunaan, serta menguruskan lebih daripada satu akaun TNB dengan mudah menggunakannya.
Selain versi web, myTNB turut boleh digunakan melalui aplikasi Android dan juga iPhone. Buat masa ini, TNB dilihat lebih mengacah kepada pengenalan perkhidmatan berasaskan web myTNB yang baru.
Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai perkhidmatan myTNB baru ini.
- Info
- Layari : myTNB