Samsung Bekerjasama Dengan SK Telecom Untuk Membangunkan Televisyen 8K Dengan Sokongan Rangkaian 5G Yang Pertama

Samsung Bekerjasama Dengan SK Telecom Untuk Membangunkan Televisyen 8K Dengan Sokongan Rangkaian 5G Yang Pertama

Diterbitkan pada Sep 12, 2019 oleh .

Televisyen dengan resolusi 8K bukanlah sesuatu yang baru. Syarikat-syarilkat pembuat televisyen seperti Sony, Panasonic, LG dan Samsung semuanya mempunyai pilihan televisyen dengan resolusi besar tersebut.

Terkini, ia baru dilaporkan bahawa Samsung akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi SK Telecom untuk membina televisyen resolusi 8K yang juga mempunyai sokongan untuk rangkaian 5G di Korea.

Pembuatan televisyen ini boleh dikatakan suatu kerjasama dua-hala diantara kedua-dua syarikat ini. Walaupun kandungan 8K tidak sebanyak 4K pada hari ini, Samsung akan menggunakan teknologi pemprosesan imej mereka untuk meningkatkan resolusi kandungan Full HD dan 4K ke resolusi 8K.

Pihak SK Telecom pula akan menggunakan kepakaran mereka dalam teknologi rangkaian 5G untuk menstrimkan kandungan beresolusi tinggi ke televisyen-televisyen ini, tidak kira pengguna menggunakan perkhidmatan penstriman Netflix, YouTube dan lain-lain.

Dalam pada itu, nampaknya rakyat Korea bakal diperkenalkan kepada sebuah perkhidmatan penstriman siri televisyen dan filem yang hadir dengan sokongan penstriman pada resolusi 8K yang dinamakan POOQ, yang dibangunkan bersama-sama oleh syarikat-syarikat rangkaian televisyen Korea.

Buat masa ini, ia masih belum diumumkan bilakah Samsung akan mula menjual televisyen ini.


TIPS & ULASAN