Fujifilm X-A7 Dilancarkan Dengan Sensor APSC 24.2 Megapixel

Fujifilm X-A7 Dilancarkan Dengan Sensor APSC 24.2 Megapixel

Diterbitkan pada Sep 12, 2019 oleh .

Kamera digital semakin banyak di pasaran dalam pelbagai saiz dan kemampuan. Terkini Fujifilm X-A7 telah diumumkan dilengkapi sensor ASPC 24.2 Megapixel dengan julat ISO ISO 200-12800. Lensa kit yang disertakan pula ialah Fujinon XC 15-45mm f/3.5-5.6 OIS PZ Ia mampu merakam sehingga enam bingkai gambar sesaat dan video pula pada tetapan 4K 30 FPS.

Sungguhpun begitu waktu rakaman video 4K terhad kepada 15 minit secara berterusan dan 1080P pula hanya 30 minit secara berterusan. Dengan bateri yang disertakan sebanyak 440 keping gambar boleh diambil dengan sekali caj.

Terdapat sebuah flash terbina namun begitu EVF tidak disertakan. Sebaliknya kesemua prebiu gambar akan dipaparkan pada skrin sesentuh LCD sebesar 3.5 inci pada bahagian belakang. Skrin ini dilengkapi engsel yang membolehkan di di jungkit ke sisi dan ke atas jika diperlukan.

Seperti majoriti kamera digital di pasaran, kesemua gambar yang diambil boleh dihantar secara bluetooth menggunakan aplikasi FUJIFILM Camera Remote. Fujifilm X-A7 dijual pada harga $700 (~RM2900) dalam empat pilihan warna iaitu Silver, Dark Silver, Mint dan Camel.


TIPS & ULASAN