Google Photos adalah aplikasi album gambar daripada Google. Ia juga berfungsi sebagai perkhidmatan storan awan, agar pengguna boleh membuat sandaran foto dan video ke awan dengan menggunakan storan dari Google Drive.
Terkini, dalam Google Photos 4.24 antaramuka bagi panel butiran gambar (EXIF) telah berubah. Ia menggabungkan sekali dengan ikon-ikon fungsi dari menu tiga titik yang sebelum ini berada di bahagian sisi atas kanan. Untuk melihat panel baharu ini, pengguna hanya perlu tatal ke atas dalam sesuatu foto. Ikon-ikon fungsi dari menu tiga titik kini mendatar dan perlu ditatal dari kanan ke kiri, pengepala (header) panel ini pula adalah masa, tarikh dan butiran imej dan format paparan data-data EXIF kekal sama.
Perubahan ini dilihat berlaku secara bahagian pelayan. Google Photos 4.24 pada peranti Pixel 3a XL saya dilihat masih tidak menerima panel baharu ini, tetapi iPhone XS saya sudah dikemaskini dengannya.
- Muat Turun
- Muat Turun Google Photos Untuk iOS Di Sini