Carian
Aplikasi Your Phone Dari Microsoft Kelak Boleh Memaparkan Status Bateri Peranti Dan Membuat Panggilan Video
September 12, 2019 Fahim Zahar

Your Phone adalah aplikasi dari Microsoft yang boleh dipasang pada telefon pintar dan ia juga hadir secara terbina dalam Windows 10. Melaluinya, pengguna boleh lihat notifikasi dari telefon terus ke PC dan juga memindahkan gambar dari telefon ke PC dengan mudah.

Terkini dalam Windows Insider, beberapa fungsi baru sedang diuji. Pertama adalah indikasi bateri telefon kini boleh dipaparkan. Jadi pengguna tidak lagi perlu risau untuk kerap melihat telefon untuk menyemaknya. Lihat terus pada PC sudah mencukupi. Kemudian, satu ujian yang masih diuji lagi pula adalah kemampuan panggilan telefon.

Panggilan telefon ini berfungsi melalui tambatan telefon dan PC melalui Bluetooth dan aplikasi Your Phone. Jadi, ia seakan PC pengguna bertindak sebagai set fon kepala nirwayar. Nampaknya, Microsoft bersungguh-sungguh menjayakan fungsi Your Phone ini. Kelak di masa hadapan, tidak dinafikan jika fungsi ini akan menjadi popular.

Komen