Carian
Samsung Galaxy A50s Dan A30s Akan Ke Malaysia Tidak Lama Lagi
September 12, 2019 Aman

Samsung Galaxy A50s dan Galaxy A30s adalah dua telefon pintar baru daripada Samsung dibawah siri Galaxy A. Ia telah dilancarkan baru-baru ini, dimana kedua-duanya hadir dengan rekaan skrin bertakuk dan dilengkapi tri-kamera belakang.

Terbaru, pihak Samsung Malaysia dilihat merancang untuk memperkenalkan peranti berkenaan untuk pasaran tempatan, dan dijangka berkongsi lanjut mengenainya pada minggu hadapan.

Galaxy A30s Dan Galaxy A50s

Samsung Galaxy A30s hadir dengan skrin 6.4-inci pada paparan HD+, menggunakan skrin Super AMOLED dengan bertakuk kecil, cip pemprosesan lapan teras, memori sehingga 4GB RAM dan storan sehingga 128GB.

Ia menggunakan kamera swafoto 16-megapixel. kamera belakang 25MP + 5MP (Depth) + 8MP (Ultra-Lebar). Telefon pintar ini turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari atas skrin.

Samsung Galaxy A50s pula hadir dengan skrin 6.4-inci pada resolusi FHD+, menggunakan skrin Super AMOLED dengan bertakuk kecil, dijana cip lapan-teras, memori sehingga 6GB RAM, dan storan 128GB.

Untuk rakaman gambar swafoto, ia menyertakan sensor 32MP, tri-kamera belakang gabungan 48MP + 5MP (Depth) + 8MP (Ultra-Lebar). Galaxy A50s juga turut menyertakan sensor pengimbas cap jari pada skrin.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat apakah kejutan yang disediakan oleh pihak Samsung untuk penawaran peranti ini di Malaysia.

Komen