Carian
Aplikasi MyWC Dilancarkan Untuk Memudahkan Mencari Tandas Awam Berdekatan
September 12, 2019 Aman

Kerajaan Malaysia sedia menerbitkan pelbagai aplikasi menarik untuk memudahkan pengguna yang melibatkan penawaran awam dan juga penawaran daripada agensi-agensi kerajaan. Terbaru, sebuah aplikasi baru telah diterbitkan, iaitu MyWC.

Aplikasi MyWC (My Water Closet) ini memfokuskan dalam memudahkan para pengguna untuk mencari tandas awam berdekatan dengan mereka. Kedudukan tandas awam berkenaan ditentukan menggunakan sokongan GPS pada peranti, selain mana pengguna juga turut boleh melihat senarai tandas-tandas lain yang berdekatan mengikut jarak.

MyWC Android

Pada penyenaraian berkenaan juga, pengguna boleh melihat beberapa maklumat tambahan berkaitan tandas awam berkenaan, termasuk penarafan bintang untuknya.

Buat masa ini, sebanyak 2625 tandas awam telah disenaraikan, yang mana terdiri daripada tandas awam milik kerajaan tempatan, restoran, stesen minyak, pusat beli-belah, pejabat kerajaan dan beberapa kawasan lain.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi MyWC ini di Android hari ini.

Komen