Google Photos Menambah Paparan Gambar Nostalgia Dalam Format “Story” Melalui Ciri Memories

Google Photos Menambah Paparan Gambar Nostalgia Dalam Format “Story” Melalui Ciri Memories

Diterbitkan pada Sep 13, 2019 oleh .

Penggunaan ciri berformat “Stories” telah pun popular pada pelbagai perkhidmatan dan aplikasi pada hari ini. Terbaru, pihak Google turut menambah salah satu fungsi baru dinamakan Memories dengan mengambil bentuk paparan berbentuk “Stories” ini.

Google Photos Memories

Melalui Memories, ia menghimpunkan sejumlah gambar dan video daripada tahun-tahun lepas – dan menggunakan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan dalam memaparkan kepada anda.

Berbeza dengan perkhidmatan media sosial lain, ciri Memories ini adalah diperibadikan kepada anda. Google turut mengatakan pengguna boleh menyembunyikan seseorang atau suatu tempoh masa, supaya memori berkaitan tidak dipaparkan kepada anda.

Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini, yang mana kelak akan membuatkan lebih ramai membuka Google Photos, selain pada masa yang sama menggunakannya dalam melihat kembali memori silam anda.


TIPS & ULASAN