Cari @ Amanz

Google One adalah perkhidmatan langganan storan yang ditawarkan oleh Google kepada para pengguna mereka. Melaluinya, pengguna boleh membuat langganan storan bermula 100GB, dan ia akan digunakan untuk simpanan data-data melibatkan GMail, Google Photos, Google Drive dan sebagainya.

Terbaru, bermula hari ini, pihak Google turut memperkenalkan kemudahan untuk membuat salinan pendua data-data pada telefon Android ke Google One dengan mudah.

Google One

Dengan langkah ini, anda boleh membuat salinan pendua data peranti, mesej yang diterima, gambar dan juga video pada peranti anda terus ke Google One dengan hanya menekan satu butang mudah pada aplikasi berkenaan.

Pengguna juga boleh menguruskan salinan pendua yang dilakukan, dan ia akan turut memudahkan pengguna apabila ingin mengembalikan data berkenaan ke peranti baru dan sebagainya.

Google One ditawarkan pada harga langganan bermula RM8.49 sebulan untuk 100GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd