Carian
OnePlus TV Turut Akan Hadir Dengan Sokongan Pembantu Digital Alexa
September 13, 2019 Fahim Zahar

OnePlus TV akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Salah satu fokus pasaran OnePlus TV adalah India, yang mana akan ada beberapa model khusus untuk pasaran di negara ini sahaja. India juga merupakan salah satu negara yang turut menyokong pembantu digital Alexa.

Oleh yang demikian, OnePlus TV turut akan hadir dengan sokongan ini. Di laman web Amazon, ‘aplikasi’ OnePlus TV untuk ‘Alexa Skill’ telah muncul. Ia memperlihatkan beberapa arahan suara Alexa untuk mengawal OnePlus TV. Berikut adalah antara arahan yang boleh dilakukan;

POWER ON/OFF OnePlus TV
“Alexa, turn on OnePlus TV.”
“Alexa, turn off OnePlus TV.”

CONTROL VOLUME
“Alexa, set volume to 15 on OnePlus TV.”
“Alexa, raise/lower/adjust the volume by 20 on OnePlus TV”

MUTE/UNMUTE
“Alexa, mute OnePlus TV.”
“Alexa, unmute OnePlus TV.”

Alexa Skill ini dilihat hanya muncul di Amazon India sahaja. Jadi ada kemungkinan besar yang Alexa hanya terhad untuk India dan pasaran lain akan menggunakan Google Assistant. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan kemunculannya.

Komen