Sampel Gambar Mod Malam Sebenar iPhone 11 Pro Max Diperlihatkan

Sampel Gambar Mod Malam Sebenar iPhone 11 Pro Max Diperlihatkan

Diterbitkan pada Sep 13, 2019 oleh .

Peranti Android sejak tahun lepas lagi sudah memperkenalkan fungsi mod malam pada aplikasi kamera mereka. Ia dipopularkan oleh Huawei, melalui siri Huawei P20. Boleh dikatakan buat pertama kalinya, satu fungsi Android yang baru berusia setahun ‘ditiru’ oleh Apple. Ini kerana, Apple biasanya mengambil masa dua tahun dan ke atas bagi mengimplementasikan fungsi Android pada peranti mereka.

Dalam siri iPhone 11 yang baru dilancarkan beberapa hari lepas, mod malam telah diperkenalkan. Ia menggunakan perisian sahaja, sebagaimana peranti-peranti Android lakukan. Dari apa yang Apple tunjukkan, ia mempunyai kemampuan mengambil gambar kurang cahaya yang lebih baik berbanding peranti iPhone lain.

Sampel gambar yang diperlihatkan ketika hari pelancaran, sukar untuk dipercayai. Apple mungkin menggunakan aksesori fotografi. Tetapi, terkini seorang model dari Kanada – Coco Rocha telah memperlihatkan sampel gambar sebenar mod malam pada iPhone 11 Pro Max. Dari segi kualiti, ia mempunyai konsep seakan Night Sight pada iPhone. Warna dilihat lebih terang dan mempunyai nilai dynamic range yang tinggi.

Buat masa ini, tidak pasti jika mod malam ini terhad kepada siri iPhone 11 sahaja atau kelak di masa hadapan Apple akan mengemaskini aplikasi kamera iOS dan memberikan mod malam kepada semua pengguna iPhone.


TIPS & ULASAN