Realme hari ini telah pun melancarkan satu lagi telefon pintar terbaru hari ini, iaitu Realme XT. Menjadi fokus utama pada telefon pintar ini adalah penawaran kamera belakang padanya yang menyertakan sensor 64-megapixel.
Realme XT hadir dengan skrin 6.4-inci Super AMOLED, dilengkapi pengimbas cap jari pada skrin, dijana cip Snapdragon 712, pilihan memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB.
Telefon pintar ini dilengkapi bateri 4000mAh yang boleh dicas pantas menggunakan VOOC Flash Charge 3.0 pada kelajuan 20W.
Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera utama 64-megapixel + 8MP (sudut-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (depth. Ia turut menggunakan kamera swafoto 16-megapixel dihadapan.
Realme XT menggunakan Android 9.0 Pie dilengkapi antaramuka ColorOS 6.0.1, dan hanya diumumkan untuk pasaran India sahaja.
Kita mungkin melihat ia ditawarkan di beberapa buah negara lain dalam masa terdekat ini. Di India, ia ditawarkan pada harga bermula Rs 15,999 iaitu sekitar RM938.