Carian
Realme XT Versi Menggunakan Snapdragon 730G Dan Pengecasan Pantas VOOC 30W Akan Hadir Pada Disember
September 13, 2019 Aman

Bersama-sama pengenalan model Realme XT baru ini, pihak Realme turut mengacah pengenalan satu lagi variasi telefon pintar Realme XT yang menyasarkan para peminat permainan video atau permua, iaitu Realme XT 730G.

Realme XT 730G

Ia bakal hadir dengan menggunakan cip Snapdragon 730G yang memfokuskan kepada grafik, selain turut dilengkapi dengan pengecasan pantas VOOC 30W.

Spesifikasi lain yang ditawarkan adalah lebih kurang sama seperti model Realme XT sedia ada – termasuk penggunaan skrin Super AMOLED, bateri 4000mAh, empat kamera belakang dengan kamera utama 64-megapixel, serta pengimbas cap jari pada skrin.

Realme dijangka berkongsi lanjut mengenai harga jualannya pada Disember kelak.

Komen