Sistem Mengecas Nirwayar Dilaporkan Wujud pada iPhone 11 Dan 11 Pro Tetapi Dinyahaktifkan

Sistem Mengecas Nirwayar Dilaporkan Wujud pada iPhone 11 Dan 11 Pro Tetapi Dinyahaktifkan

Diterbitkan pada Sep 14, 2019 oleh .

Semalam kami menerbitkan artikel 7 perkara mengecewakan pada ketiga-tiga model iPhone 11. Antara rungutan kami ialah ia tidak mempunyai sistem mengecas peranti lain secara nirwayar seperti pada peranti Huawei dan Apple. Hari ini timbul laporan perkakasan untuk menyokongnya disertakan pada kesemua iPhone 11 tetapi telah dinyahaktifkan.

Ini adalah menurut Sony Dikson yang kerap melaporkan mengenai fungsi terkini produk Apple. Beliau memetik sumber dalaman yang boleh dipercayai. Perkakasan mengecas secara nirwayar ini wujud di bawah logo Apple di belakang peranti. Ini adalah penyebab mengapa logo Apple pada tahun ini terletak lebih bawah berbanding kedudukannya sebelum ini. Sebab mengapa sistem ini tidak diaktifkan ialah ia tidak melepasi piawaian memuaskan yang ditetapkan oleh Apple.

Kebenaran laporan ini hanya akan diketahui selepas peranti dibuka oleh laman seperti iFixit kelak. Sekiranya benar wujud tidak diketahui sama ada Apple akan mengaktifkannya di masa hadapan.


TIPS & ULASAN