Cari @ Amanz

Apple tidak pernah mengeluarkan spesifikasi lengkap RAM, bateri dan cip pemproses iPhone yang mereka keluarkan. Hanya selepas ujian penanda aras dilakukan kesemua maklumat ini akan diketahui. Hari ini misteri mengenai RAM iPhone 11 akhirnya diketahui selepas markah penanda aras Antutu untuk ketiga=tiga peranti mula muncul.

iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max nampaknya dilengkapi memori sebesar 4GB RAM. Ini bermakna iPhone 11 sahaja menerima penambahbaikan saiz RAM sementara iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max mempunyai saiz RAM yang sama seperti iPhone XS dan XS Max. Menerusi markah Antutu pula, pemproses A13 Bionic menunjukkan peningkatan markah sehingga 28% berbanding A12 Bionic.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd