Cari @ Amanz

Cabaran kehidupan bagi individu OKU adalah hidup tanpa bantuan. Di negara-negara maju pelbagai kemudahan diberikan seperti tulisan Braille pada lif dan sistem penggera pada lintasan zebra. Telefon pintar kini juga hadir dengan sistem yang membantu OKU menggunakannya secara terbina tetapi ini masih belum mencukupi. Bagi golongan OKU penglihatan, weWALK telah dilancarkan dan ia adalah tongkat pintar yang hadir dengan integrasi Google Maps.

weWalk disambungkan kepada tongkat yang biasanya digunakan oleh golongan OKU. Terdapat sensor ultrasonik yang mengesan halangan di hadapan pengguna. Pembesar suara yang disertakan pula boleh memberitahu pengguna kedai-kedai, lokasi menarik di sekitar mereka dan arahan navigasi suara Google Maps. Tongkat pintar ini dibangunkan oleh Kursat Ceylan yang merupakan seorang individu OKU penglihatan. weWalk dijual pada harga $500(~RM2084) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd