Cari @ Amanz

Microsoft sedia merancang untuk memperkenalkan sejumlah peranti Surface baru pada bulan Oktober kelak, dan terbaru, desas-desus baru mengatakan Microsoft mungkin memperkenalkan Surface Laptop 3 dengan rekaan skrin bersaiz 15-inci ketika acara berkenaan.

Surface Laptop dijangka menawarkan kuasa pemprosesan yang sedikit rendah berbanding Surface Book. Mengikut spekulasi lain juga, Microsoft dikatakan mungkin menggunakan cip AMD pada Surface Laptop 3 yang bakal diperkenalkan ini. Ia juga dijangka menawarkan rekaan skrin 3:2 seperti yang ditawarkan oleh Microsoft pada Surface Book sebelum ini.

Microsoft dijangka mengadakan acara khas mereka pada 2 Oktober kelak. Kita mungkin mendengar lebih banyak desas-desus berkaitan dengannya dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd